.

.

Copot kekal di Hang Jebat


Safiq Rahim sah kekal semusim lagi Stadium Hang Jebat apabila menyambung kontrak baharu bersama Melaka United.

Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) menerusi kenyataan berkata, pengalaman dan kepakaran Safiq dalam mengemudi bahagian tengah mampu membawa Melaka United merebut trofi musim depan.

"Kami berbesar hati apabila Safiq yang juga bekas kapten kebangsaan bersetuju menerima tawaran lanjutan kontrak musim depan untuk terus menabur bakti bersama Melaka United.

"Semoga Safiq yang digelar 'pakar sepakan percuma' dapat terus memantapkan jentera tengah Melaka United sebagai antara pasukan yang mampu mencabar kejuaraan dalam semua pertandingan Liga Malaysia musim depan," katanya hari ini.
Powered by Blogger.