.

.

Dua anak negeri kembali perkuat jentera serangan Melaka United


Melaka United terus aktif dalam pasaran perpindahan musim 2020 apabila mengikat dua pemain baharu, kedua-duanya dari pasukan divisyen tiga, SAMB FC.

Namun kehadiran kedua-dua pemain berkenaan, Muhamad Shyamierul Razmee Jasmi, 21 dan Fakhrullah Rosli, 28, diibaratkan sirih pulang ke gagang kerana pernah menyarung jersi Melaka United sebelum ini.

Muhammad Shyamierul merupakan produk skuad Piala Presiden yang berhijrah ke SAMB kerana mencari pengalaman di peringkat lebih tinggi sementara Fakhrullah atau Petoi ke SAMB FC selepas majikan terdahulu, Perlis FA dibatalkan penyertaan mereka dalam Liga Malaysia.

Fakhrullah pernah beraksi bersama bersama Melaka dalam kancah Liga FAM 2013 bersama-sama Mohd Fauzi Kassim, Ahmad Khuzaimie Piee dan beberapa lagi pemain lain.

Penyertaan Shyamierul dan Fahkrullah menjadikan sebanyak tiga pemain baharu menyertai Melaka United hari ini sementara dua lagi pemain ditawarkan kontrak baharu iaitu Ahmad Solehin Mamat, 23, dan penyerang, Faizal Talib, 22.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.