.

.

Ferns sertai Melaka United


Pemain kacukan Malaysia-Australia, Curran Singh Ferns menjadi muka baharu pertama menyertai Melaka United musim depan selepas mendatangani kontrak semalam.

Ferns boleh cukup sinonim dengan bola sepak Malaysia kerana pernah beraksi bersama Johor Darul Ta'zim II (JDT II) pada 2016, Negeri Sembilan (2016-17) dan Felda United (2017-18).

Pemain tengah bertahan berusia 26 tahun itu memulakan karier profesional pada 2015 bersama kelab Australia, Brisbane City FC yang beraksi dalam saingan Divisyen 2 Australia, National Premier Leagues sebelum berhijrah ke Malaysia.

Menurut Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Ferns menyertai kelab Liga 1 Thailand, Sukhothai FC pada 2018 dan 2019 sebelum kembali ke Australia menyertai Port Melbourne SC beraksi dalam Liga Perdana Kebangsaan Australia di pertengahan musim 2019.

"Semoga dengan pengalaman pemain ini beraksi dalam Liga Malaysia bakal memperkuatkan lagi cabaran Melaka United sebagai salah sebuah pasukan yang mampu mencabar kejuaraan dalam semua pertandingan musim depan," katanya hari ini.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.