Giliran Ahmad Solehin, Faizal sambung kontrak baharu


Melaka United mengekalkan dua pemain musim lalu, Ahmad Solehin Mamat, 23, dan penyerang, Faizal Talib, 22 selepas menandatangani kontrak sambungan semusim hari ini.

Kedua-dua pemain tersebut menyertai tiga pemain tempatan yang kekal di Hang Jebat termasuk Khairul Fahmi Che Mat, S. Deevan Raj dan Mohammad Faris Shah Mohd Rosli.

Biarpun tidak diturunkan secara kerap musim lalu, kontrak baharu yang ditawarkan diharap dapat memberi inspirasi kepada kedua-dua pemain berkenaan untuk berusaha lebih keras bagi mendapat tempat dalam kebelasan utama.

Beberapa pemain musim lalu lain dijangka menandatangani kontrak sambungan dalam tempoh terdekat, menjadikan jumlah kesemuanya kepada tujuh pemain.

Antara yang dijangka kekal adalah Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman, Saiful Ridzuwan Selamat dan Safiq Rahim.

Foto: MUSA