.

.

Hanya 8 pemain dikekalkan


Seakan belajar daripada kesilapan lalu, Melaka United kini mempersiapkan pasukan bagi kempen 2020 apabila mengekalkan hanya tujuh hingga lapan pemain musim lalu.

Langkah ini diambil bagi mengimbangi perbelanjaan pasukan bagi mengelakkan isu kewangan termasuk tunggakan gaji memberi imej dan prestasi negatif pasukan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United, Damien Yeo Shen Li berkata, senarai nama pemain yang dikekalkan diberi oleh ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan dan keputusan sambungan kontrak hanya akan dimeterai jika tawaran kontrak baharu dipersetujui.

“Buat masa ini, ada tujuh hingga lapan pemain saja yang akan tawarkan kontrak musim depan, dua daripadanya telah pun diberikan semalam.

“Untuk senarai pemain lain, kita telah pun lepaskan mereka awal agar mereka mudah mendapatkan kelab sebelum kempen 2020 bermula,” katanya seperti dipetik dari MelakaKini hari ini.

Dua pemain, Mohamad Faris Shah Mohd Rosli dan S. Deevanraj semalam ditawarkan kontrak baharu semalam sementara penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat kekal bersama Melaka United kerana kontraknya masih berbaki semusim.

Sementara itu, beliau berkata, hanya dua pemain import musim lalu dikekalkan tetapi kedua-dua mereka perlu bersetuju dengan kontrak baharu yang ditawarkan.


Dalam pada itu, Damien masih lagi berteka-teki mengenai nasib beberapa pemain senior bertaraf bintang pasukan seperti Safiq Rahim, Mohd Shukor dan dan Razman Roslan bersama Melaka United.

Katanya, segala maklumat adalah rahsia bagi memastikan rundingan kontrak baharu dan persiapan pasukan berjalan lancar.

“Tidak, saya belum boleh dedahkan dikhuariti menganggu persiapan pasukan, kita pun ada rancangan tersendiri," ujarnya.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.