.

.

Melaka United ikat Morales


Melaka United mengikat bekas pemain import PKNS FC, Romel Morales Ramirez bagi memperkuatkan pasukan untuk kancah Liga Malaysia 2020.

Pemain tengah kelahiran Villavicencio, Colombia itu menandatangani kontrak selama setahun sebagai pemain import kedua Melaka United selepas Jang Suk-won.

Pemain muda berusia 22 tahun itu memulakan karier bersama kelab Primera División Argentina mewakili Club Atlético Banfield pada  2016 sebelum berhijrah ke Malaysia menyertai PKNS FC pada 2018 

Morales menjadi tonggak penting sepanjang dua musim bersama Semut Merah dengan menjaringkan keseluruhan 17 gol dalam semua pertandingan Liga Malaysia.

Morales dalam kenyataannya dalam sebuah portal pernah mengutarakan minatnya untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan Malaysia pada masa akan datang dan sanggup untuk menunggu beberapa tahun lagi jika tempoh itu diperlukan sebelum beliau dibenarkan menyarung jersi Harimau Malaysia.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.