.

.

Norazlan, Annas masuk, Melaka United kekal tiga pemain musim lalu


Melaka United terus mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kancah Liga Malaysia 2020 apabila membawa masuk dua muka baharu, Norazlan Razali dan Annas Rahmat hari ini.

Pasukan yang menamatkan saingan di kedudukan keenam Liga Super itu turut mengumumkan sambungan kontrak baharu tiga pemain, Razman Roslan, Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman dan Saiful Ridzuwan Selamat.

Penjaga gol berpengalaman, Norazlan memulakan karier bersama Johor dari 2006 hingga 2009, diikuri Kuala Lumpur (2010-11), Selangor (2011-13), JDT (2014), Selangor (2015-2018) sebelum menyertai Felda United FC pada musim lalu.

"Dengan kehadiran Norazlan ke Melaka United musim ini bakal menyaksikan saingan antara beliau Khairul Fahmi Che Mat bagi merebut tempat sebagai penjaga gol utama," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Seorang lagi muka baharu, Annas baharu berusia 24 tahun beraksi sebagai pemain pertahanan tengah dan merupakan salah seorang pemain dari skuad pembangunan bolasepak negara, Harimau Muda B.

Annas pernah bersama Negeri Sembilan selama dua musim dari 2016 hingga 2017, PKNS FC (2018) sebelum menyertai PJ City FC musim lalu.
Powered by Blogger.