.

.

Nurridzuan kini 'Hijau Putih'


Nurridzuan Abu Hassan menjadi pemain tempatan terbaharu menyertai Melaka United sepas menandatangani kontrak bersama Persatua Bola Sepak Melaka United (MUSA).

MUSA menerusi kenyataan mengesahkan kehadiran bekas pemain tengah Selangor berusia 27 tahun itu.

"Nurridzuan yang merupakan pemain kelahiran Perak beraksi di posisi tengah menyerang merupakanpemain berbakat dari Harimau Muda A.

"Beliau memulakan karier profesionalnya bersama Perak pada 2011 sebelum membarisi skuad Harimau Muda A dari 2012 hingga 2014.

"Beliau kemudiannya kembali menyertai Perak selama dua musim sebelum bersama Pahang pada 2017, PKNS FC dan bersama Selangor selama 2 musim," katanya hari ini.

Pencapaian terbaik Nurridzuan setakat ini adalah membantu Skuad Tok Gajah muncul Naib Juara Piala FA 2017 dan Pemain Terbaik Bulanan PFAM bagi Jun 2015 ketika bersama Perak.

Foto: Media Sosial
Powered by Blogger.