.

.

Reichelt disambar kelab Thailand, Shukor tiada dalam perancangan


Dua pemain utama musim lalu, Patrick Reichelt dan Mohd Shukor Adan tidak berada dalam perancangan Melaka United untuk musim baharu 2020.

Memetik laporan MelakaKini, Zainal Abidin Hassan tidak berhasrat mengekalkan bekas kapten itu musim lalu namun Melaka United lewat menawarkan kontrak baharu kepada penyerang antarabangsa Filipina tersebut.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Danial Yeo Shen Li seperti  yang dilaporkan akhbar berkenaan berkata, Melaka United kini memburu pengganti bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Reichelt.


"Mohd Shukor tiada dalam perancangan, manakala buat Reichelt, agak terkilan kerana kita memerlukan kemahiran yang dimilikinya.

“Namun dia sudah pun menandatangani kontrak bersama sebuah kelab di Thailand hari ini. Saya sudah arahkan Zainal mencari penggantinya memandangkan kita masih lagi belum ada bayangan pemain yang mampu mengisi posisinya,” katanya hari ini.

Reichelt muncul antara pemain paling konsisten Melaka United musim lalu sehingga disenarai pendek antara tiga pemain import terbaik ASEAN.

Namun, kelewatan MUSA menawarkan kontrak baharu kepada Reichelt membawa kepada perpindahan pemain itu ke Thailand musim depan.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.