.

.

Safiq kekal semusim lagi - Damian


Pemain tengah berpengalaman, Safiq Rahim akan kekal semusim lagi di Melaka United, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo Shen Li.

Damian Yeo menerusi akaun Facebooknya memberitahu, dia berterima kasih atas sumbangan pemain tengah kreatif itu musim lalu dan berhasrat mengekalkannya semusim lagi di Stadium Hang Jebat.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Safiq atas sumbangannya sepanjang bersama Melaka United pada musim 2019. Dan saya ingin mengalu-alukan kehadirannya semula ke #MUSA2020," katanya malam tadi. 

Safiq yang merupakan bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi nadi utama di bahagian tengah Melaka United membantu menamatkan kempen Liga Super di tangga keenam dan layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Safiq menjadi pemain ke-10 yang dikekalkan Melaka United selepas Khairul Fahmi Che Mat, S. Deevan Raj, Mohamad Faris Shah Mohd Rosli, Jang Suk-won, Ahmad Solehin Mamat, Faizal Talib, Razman Roslan, Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman dan Saiful Ridzuwan Selamat.
Powered by Blogger.