.

.

Saya mahu Safiq - Presiden MUSA


Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo Shen Li membayangkan perancang tengah berpengalaman, Safiq Rahim akan kekal semusim lagi bersama Melaka United.

Menurut Damian, Safiq yang kini sedang menunaikan umrah bersama Ketua Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan merupakan pemain yang dikehendakinya musim depan.

"Saya jamin untuk barisan pemain musim 2020 akan ada kejutan. Kita akan ambil pemain import baharu dan dua pemain kacukan.

"Pengumuman hanya akan dilakukan selepas kontrak pemain-pemain itu berakhir, pada 1 Disember nanti. Safiq Rahim? Saya nak dia (kekal)," katanya ketika dialog bersama penyokong di Stadium Hang Jebat, semalam.


Difahamkan perbincangan kontrak baharu Safiq masih berjalan dan segalanya bakal dimuktamatkan selepas bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu kembali ke tanahair.

Melaka United menandatangani pemain kacukan, Curran Singh Ferns kelmarin sementara seorang lagi pemain yang disebut-sebut menyertai skuad Hijau Putih adalah Khair Jefri Jones.

Jang Suk-won pula mengisi kouta import Asia sementara Patrick Reichelt pula dijangka mengikut jejak langkah pertahanan dari Korea Selatan itu untuk kekal semusim lagi di Melaka.
Powered by Blogger.