.

.

Siapa pemain yang kekal di Melaka United?


Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Damien Yeo Shen Li semalam membayangkan hanya tujuh atau lapan pemain tempatan dan dua pemain impot musim lalu yang dikekalkan.

Tiga muka lama yang dikekalkan adalah Khairul Fahmi Che Mat, S. Deevanraj dan Mohamad Faris Shah Mohd Rosli namun lima atau enam lagi pemain tempatan yang menambat hati Zainal Abidin Hassan masih belum diketahui.


Ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penyokong yang mahu beberapa nama besar seperti Mohd Shukor Adan, Safiq Rahim dan Razman Roslan kekal sekurang-kurangnya semusim lagi di Stadium Hang Jebat.


Menurut sumber, Zainal Abidin Hassan memilih untuk mengekalkan beberapa pemain seperti Safiq, Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman, Saiful Ridzuwan Selamat, Ramzi Haziq Mohamad dan Ahmad Solehin Mamat bagi melengkapkan senarai lapan muka lama yang dikekalkan.

Proses perbincangan kontrak baharu Safiq kini diperingkat akhir sementara Wan Amirul Afiq dan Saiful Ridzuwan juga dijangkan menandatangani kontrak baharu dalam masa terdekat.


Beberapa pemain seperti Mohd Shukor, Mohd Nazrin Nawi, Raimi Mohd Noor, Ahmad Khuzaime Piee dan lain-lain dijangka angkat kaki mencari angin baharu bersama pasukan lain.

Sementara pemain pertahanan yang mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya, Muhammad Faizal Muhamad bersara pada usia 30 tahun kerana kecacatan kekal pada mata.

Bagi pemain import pula, agak sukar untuk meneka siapa yang bakal bersama skuad hijau putih musim depan kerana hanya dua pemain sahaja bakal menyambung kontrak.


Berdasarkan prestasi musim lalu, tiga pemain import berjaya muncuri tumpuan menerusi persembahan konsisten di atas pada.

Luka Milunovic, Jang Suk-won dan Patrick Reichelt muncul antara yang disebut-sebut akan dikekalkan.


Namun, jika dinilai prestasi semusim, dua pemain dari rantau Asia, Suk-won dan Reichelt mungkin dikekalkan Zainal untuk digandingkan dengan tiga muka baharu yang bakal dibawa masuk kelak.

Foto: MUSA

Powered by Blogger.