.

.

Suk-won kekal semusim lagi di Melaka United


Jang Suk-won sah kekal semusim lagi di Melaka apabila menyambung kontrak baharu hari ini.

Pertahanan tengah dari Korea Selatan itu beraksi cemerlang mengemudi benteng pertahanan Melaka United musim lalu apabila bergandingan bersama Mohd Shukor Adan.

Suk-won menjadi satu daripada dua pemain import yang dikekalkan untuk musim depan susulan langkah penjimatan yang diperkenalkan Presiden baharu, Damien Yeo Shen Li

"Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) berbesar hati mengumumkan pemain pertahanan import musim lalu, Suk-Won kekal bersama Melaka United untuk mengharungi kempen Liga Malaysia 2020 selepas ditawarkan kontrak lanjutan.

"Semoga berjaya Suk-won dan dapat mengekalkan prestasi dalam membantu Skuad Hang Tuah sepanjang saingan Liga Malaysia 2020," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.