.

.

Yuhaizat undur, MUSA yakin Rashidi cekap urus kewangan


Selepas gagal menyelesaikan kemelut gaji tertunggak yang melanda Melaka United, Bendahari Kehormat Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Yuhaizat Abdullah akhirnya melepaskan jawatan.

Tindakan itu dilakukan beberapa hari selepas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari melepaskan jawatannya sebagai Presiden dan digantikan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Duyong, Damian Yeo Shen Li.

Tempat Yuhaizat digantikan individu yang disifatkan MUSA mampu membantu pasuka menguruskan kewangan lebih cekap, Mohammad Rashidi Othman berkuatkuasa semalam.

"MUSA mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mohamad Rashidi yang dilantik secara rasmi sebagai Bendahari Kehormat baharu berkuatkuasa semalam.

"Kami mengalu-alukan kehadiran Mohamad Rashidi ke persatuan dalam memantapkan lagi pengurusan terutama berkaitan kewangan yang lebih cekap," katanya menerusi kenyataan di Facebook rasmi pasukan hari ini.

Yuhaizat pernah mencetuskan kontroversi ketika menyandang jawatan Bendahari Kehormat MUSA apabila melabel segintir penyokong seperti binatang dengan perkataan 'menyalak'.

Namun, masa depan beliau bersama Melaka United menjadi samar selepas gagal menyelesaikan isu gaji pemain dan turut membayangkan akan melepaskan jawatan yang disandangnya dalam tempoh kurang dua tahun.
Powered by Blogger.