.

.

Ahmad Syamin ubah angin ke Melaka United


Desas-desus perpindahan pemain tengah Terengganu FC (TFC), Ahmad Syamim Yahya terjawab apabila pemain kelahiran Raub, Pahang itu sah diumumkan sebagai pemain baharu Melaka United.

Ahmad Syamim, 29, memulakan karier profesionalnya bersama Johor Darul Ta'zim II (JDT) pada 2012 sebelum berhijrah ke Terengganu menyertai T-Team pada musim berikutnya.

Beliau menjadi tonggak penting dalam memastikan kemaraan Felda United ke saingan Liga Super 2015 selepas membantu pasukan itu muncul Naib Juara Liga Premier 2014.


Pada musim 2016 pula menyaksikan Ahmad Syamim mengemudi skuad The Settlers muncul Naib Juara Liga Super sebelum menyertai Pahang pada musim 2017 dan kembali semula ke Felda United semusim selepas itu.

Musim lalu menyaksikan Syamim menyertai Terengganu.

Melaka United Media sebelum ini melaporkan mengenai perpindahan Ahmad Syamim ke Melaka United selepas dilepaskan pasukan pantai timur itu.
Powered by Blogger.