.

.

Anichebe ketuai calon penyerang Melaka United


Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) masih memburu seorang lagi penyerang import untuk digandingkan bersama Uche Agba di jentera serangan musim ini.

Terbaharu, lima penyerang kini berada dalam radar MUSA termasuk bekas pemain Everton, West Bromwich Albion dan Sunderland, Victor Anichebe.


Penyerang kelahiran Lagos, Nigeria itu merupakan satu nama yang tidak cukup asing lagi di Liga Perdana Inggeris apabila beraksi selama tujuh tahun di Goodison Park dengan menjaringkan 18 gol dalam 131 perlawanan.

Selain Anichebe, Melaka United dilaporkan berminat mendapatkan penyerang antarabangsa Jamaica, Kevaughn Frater, rakan pasukan kebangsaan sasaran terdahulu, Desshorn Brown.


Frater yang berusia 25 tahun kini beraksi di divisyen dua Amerika Syarikat (AS) bersama New Mexico United.

Memulakan karier bersama kelab Jamaica, Harbour View FC, Frater pernah beraksi bersama pasukan lain seperti Real Monarchs, Colorabo Spring Switchbacks dan Pheonix Rising. 

Bersama New Mexico United, Frater berjaya meledak 14 gol dalam 29 perlawanan.


Selain dua pemain berkenaan, Melaka United juga dilaporkan berminat menguji Francis Kone dari Ivory Coast, Kouassi Yao Hermann (Ivory Coast) dan Nino Flavio Rojas Sagal (Chile).
Powered by Blogger.