.

.

Bentong, Khair Jones perkuat Melaka United


Bukan satu, bukan dua tapi empat muka baharu sertai Melaka United hari ini.

Bermula dengan pengumuman penyertaan Nurridzuan Abu Hassan dan Muhammad Ferris Danial, Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) membawa masuk dua lagi pemain.

Seorang lagi bintang juara Liga Premier 2016, Khair Jefri Jones kembali semula ke Melaka selepas mengharungi musim yang tidak menentu bersama skuad ibu kota, Kuala Lumpur.


Dan pemain keempat yang menyertai Melaka United adalah pemain tengah Terengganu FC (TFC), Khairul Anwar Shahrudin atau Bentong.

Pemain tengah berusia 29 tahun pemain kelahiran Bentong, Pahang itu memulakan karier bola sepak bersama MP Muar dari 2012 hingga 2013 sebelum menyertai DRB Hicom FC.

Beliau kemudiannya menyertai Sime Darby FC (2015-2016) dan Negeri Sembilan sehingga musim 2018.

Musim 2019 pula menyaksikan Bentong menyertai TFC selama semusim dan musim 2020 bakal menyaksikan beliau membuat penampilan pertama bersama Skuad Hang Tuah.
Powered by Blogger.