.

.

Ferris Danial kembali ke Melaka United


Ibarat sirih pulang ke gagang. Bekas skuad juara Liga Premier 2016, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir kembali ke bumi bertuah Melaka apabila menandatangani kontrak bersama Melaka United untuk musim 2020.

Ferris Danial, 27, boleh beraksi di posisi sayap dan penyerang merupakan produk skuad remaja kebangsaan, Harimau Muda.


Anak kelahiran Kelantan itu juga pernah mewakili beberapa pasukan Liga Malaysia iaitu Felda United FC (2015), Terengganu (2017) dan terakhir bersama Negeri Sembilan selama dua musim.

Kepulangan Ferris Danial ke Melaka United pernah dilaporkan Melaka United sebelum ini.

Ferris Danial merupakan antara muka baharu yang menyertai Melaka United bagi musim 2020 seperti Curran Singh Fern, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan, Romel Morales, Uche Agba dan beberapa lagi.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.