.

.

Giliran Akmal Zahir kembali ke Hang Jebat


Melaka United terus aktif dalam pasaran perpindahan pemain apabila membawa masuk pertahanan UKM FC, Mohd Akmal Md Zahir.

Pemain berusia 25 tahun itu pernah menyertai skuad Hijau Putih dari Sime Darby FC pada 2017 namun gagal meraih penampilan dalam perlawanan kompetetif sepanjang berada di Hang Jebat.

Mohd Akmal bagaimanapun kembali meraih minit perlawanan selepas menyertai pasukan Liga Premier, UKM FC dan menjadi nadi penting pasukan universiti itu sepanjang musim lalu.

Pertahanan kelahiran Alor Setar, Kedah itu melakukan 19 penampilan pada musim 2019, 12 aksi di Liga Premier dan tujuh aksi pada kejohanan Piala Cabaran.

Sepanjang mengemudi benteng pertahanan UKM FC, Mohd Akma mengutip lima kad kuning dan tiada sebarang gol atau banguan direkodkan sepanjang musim lalu.

Mohd Akmal merupakan antara muka baharu musim 2020 selain daripada Nurridzuan Abu Hassan, Khair Jefri Jones, Khairul Anwar Shahruddin dan Muhammad Ferris Dania Mat Nasir yang diumumkan penyertaan mereka semalam.
Powered by Blogger.