.

.

Lupakan Brown, Melaka United tumpu calon penyerang import baharu


Hasrat Melaka United untuk mendapatkan Deshorn Brown tampak sukar atas faktor permintaan gaji tinggi yang tinggi oleh penyerang antarabangsa Jamaica itu.

Berikutan itu, Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) dilaporkan kini mengalih perhatian kepada tiga sasaran baharu, masing-masing dari Guinea-Bissau, Portugal dan China.


Salah seorang daripada sasaran, Amido Balde, 27, merupakan produk Sporting Lisbon di Portugal dan pernah beraksi untuk beberapa pasukan seperti Cercle Brugge (Belgium, Victoria SC (Portugal), Celtic (Scotland), FC Metz (Perancis), Persebaya dan PSM Makasar (Indonesia).

Sementara itu, Leocisio Julio Sami atau Sami merupakan seorang lagi penyerang yang dikaitkan dengan perpindahan ke Melaka United.


Penyerang berusia 31 tahun ini kini beraksi bersama pasukan divisyen dua di Portugal, Cova Piedade dan pernah berkelana semusim di Turki bersama Akhisarspor.

Memulakan karier bersama Nucleo Sintra, Sami pernah beraksi bersama beberapa kelab di Portugal seperti Maritimo, FC Porto, SC Braga, Vitoria Guimares, Arouca dan Aves.

Identiti penyerang import dari negara tembok besar pula masih belum dapat dikenalpasti.


Presiden MUSA sebelum ini pernah menafikan dakwaan bahawa Brown akan menyertai kelab kaya Liga Super India (ISL), Bengaluru FC.

Katanya, penyerang berusia 28 tahun itu akan menyertai Melaka United menerusi kontrak persetujuan yang akan ditandatangani dalam masa terdekat.
Powered by Blogger.