.

.

Mohd Noor naik pangkat, bantu Zainal Abidin


Mohd Noor Md Derus berazam mencurah segala pengalaman bagi membantu merencanakan pencaturan terbaik skuad Melaka United musim ini.

Baginya, pelantikan sebagai pembantu jurulatih kepada Zainal Abidin Hassan itu merupakan peluang baginya mengetengahkan segala ilmu sama ada sebagai bekas pemain kebangsaan, Terengganu, Sarawak dan Melaka United.

Malah bekas ketua jurulatih Terengganu City FC (TCFC) terbabit mengakui ini kesempatan terbaik untuknya belajar daripada Zainal Abidin yang memiliki pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan dan bekas pemain.

“Saya berterima kasih kepada pengurusan pasukan dan Zainal Abidin yang memberi ruang buat saya untuk turut sama membina skuad Hijau Putih kali ini. Justeru saya bertekad memberi yang terbaik memenuhi tugasan dan amanah diberikan.

“Apa pasti ianya amat mencabar dan perlu fokus yang tinggi dalam misi meraih kejayaan,” katanya kepada Harian Metro semalam.

Musim lalu, Mohd Noor mengendalikan skuad Piala Belia Melaka selepas membimbing TCFC dengan cemerlang sebelumnya.

Malah dia bertanggungjawab meletakkan kelab The Sharks itu muncul juara Liga FAM selepas menewaskan Selangor United 2-0 pada aksi final.

Selain Mohd Noor, Zainal turut dibantu bekas jurulatih Negeri Sembilan, Asri Ninggal dan Mazlan Wahid sebagai jurulatih penjaga gol.

Sementara Nidzam Adha Yusoff yang menjadi pembantu skuad kini membimbing Kuala Lumpur pada 2020.
Powered by Blogger.