.

.

Peluang ikat Aidil samar, Brown jadi pemain terakhir sertai Melaka United?


Melaka United dilaporkan kini hanya menunggu ketibaan penyerang import dari Jamaica, Deshorn Brown bagi melengkapkan senarai 28 pemain pasukan itu musim depan.

Pemain kelab divisyen dua Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat (AS), Energy FC itu dilaporkan akan tiba ke Melaka dalam masa dekat untuk menyertai Majlis Menandatangani Perjanjian Penjaan dan Kontrak Pemain 2020 yang akan diadakan Jumaat ini.

Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) sebelum ini tampak begitu aktif dalam pasaran perpindahan pemain apabila membawa masuk 14 muka baharu serta mengekalkan 10 pemain musim lalu.


Antara yang masuk adalah Romel Morales dari PKNS FC, Norazlan Razali (Selangor), Curran Singh Ferns (Port Melbourne FC), Nurridzuan Abu Hassan (Selangor), Ahmad Syamim Yahya (Terengganu), Uche Agba (PDRM FA) dan beberapa lagi.

Selain itu, Melaka United yang dibimbing Zainal Abidin Hassan juga mengekalkan Razman Roslan, S. Deevanraj, Jang Suk-won, Safiq Rahim, Khairul Fahmi Che Mat dan lain-lain.


Sementara itu, hasrat penyokong Melaka United untuk melihat pertahanan kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Razak menyarung jersi skuad hijau putih itu tampak samar selepas MUSA dilaporkan sudah 'menamatkan' pembelian pemain.

Namun begitu, peluang bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk sertai Melaka United tetap ada jika pengurusan MUSA diketuai Presiden, Damian Yeo Shen Li melakukan kejutan saat akhir menawarkan kontrak kepada pemain berusia 32 tahun itu.

Skuad Melaka United 2020 

Penjaga Gol
1. Khairul Fahmi Che Mat
2. Ahmad Solehin Mamat
3. Norazlan Razali

Pertahanan
4. Jang Suk-won
5. Faris Shah Rosli
6. Annas Rahmat
7. Wan Amirul Afiq Wan Abd Rahman
8. Razman Roslan
9. Khair Jefri Jones
10. Mohd Akmal Zahir
11. Mohd Aizul Ridzwan Razali

Tengah
12. Saiful Ridzuwan Selamat
13. Romel Morales
14. Safiq Rahim
15. Curran Singh Ferns
16. Fakhrullah Rosli
17. Shyamierul Razmee Jasmi
18. Nurridzuan Abu Hassan
19. Khairul Anwar Shahrudin
20. Ramzi Haziq Mohamad 
21. S. Deevanraj
22. Ahmad Syamim Yahya

Penyerang
23. Uche Agba
24. Faizal Talib
25. Ferris Danial Mat Nasir
26. Deshorn Brown

Bawah 23 Tahun
27. Hamirul Amir
28. Hazim 
Powered by Blogger.