.

.

Isu gaji tertunggak pemain musim lalu selesai?


Pemain tengah, Safiq Rahim memberi bayangan bahawa Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) telah menyelesaikan isu gaji tertunggak pemain-pemain musim lalu.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Safiq mengucapkan terima kasih atas usaha Presiden, Damian Yeo Shen Li kerana membantunya dan rakan sepasukan untuk musim 2019.

"Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada pengurusan baharu Melaka United terutama YB (Yang Berhormat) Presiden yang banyak membantu menyelesaikan masalah pasukan musim 2019/2020.


"Semoga Melaka United dapat capai sasaran untuk musim akan datang. Kepada semua penyokong, ayuh datang dan berikan sokongan kepada pemain dan pengurusan.


"Insya Allah akan banyak lagi pembaharuan yang positif untuk Melaka United," katanya hari ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan bahawa Melaka United antara tiga pasukan yang berdepan tindakan pemotongan mata kerana gagal menjelaskan gaji tertunggak pemain dan pegawai pasukan.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.