.

.

Melaka United pilih Norde gandingan Agba


Pemain sayap antarabangsa Haiti, Sony Norde menjadi pelengkap kepada kuota empt pemain import Melaka United untuk menghadapi kempen Liga Malaysia musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United, Damian Yeo Shen Li berkata, nama Norde dicadangkan sendiri oleh penyerang import, Uche Agba bagi bergandingan di jentera serangan Melaka United.

"Kita memang bersedia. Dengan kemasukan yang ditunggu-tunggu penyokong Melaka United iaitu Sony Norde. Penyerang daripada Haiti, pemain kebangsaan dan masih beraksi untuk negaranya. 

"Saya percaya ini dapat memantapkan serangan dan gandingan Uche Agba dengan Norde. 

"Kita ada beberapa pemain import yang hendak tetapi apabila berbincang dengan Agba, penyerang itu sendiri menyatakan bahawa dia suka gandingan dengan Norde.


"Jadi kita dapati pendapat Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan pun rasa kemungkinan besar dengan hubungan baik Agba-Norde ini mampu membuat yang terbaik untuk memecah belahkan pertahanan lawan pasukan di Malaysia ini," katanya.

Damian Yeo berkata demikian pada sesi temuramah bersama MelakaFM hari ini.

Melaka United kini mempunyai empat pemain import, Jang Suk-won, Romel Morales, Agba dan terbaharu Norde.

Foto: Sony Norde
Powered by Blogger.