.

.

MUSA-Shukor selesai isu tunggakan gaji?


Kemelut isu gaji tertunggak pemain Melaka United musim 2019 dilaporkan selesai selepas Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) berjaya mencapai kata sepakat bagi melunaskan bayaran tersebut.

Menerusi gambar yang tular di media sosial hari ini, Presiden MUSA, Damian Yeo Shen Li dilihat bersalaman dengan bekas kapten, Mohd Shukor Adan dipercayai selepas mengadakan perbincangan mengenai penyelesaian berkenaan.

Turut hadir pada perbincangan adalah Pegawai Khas Damian, Syahrul Nizam Shamsuddin.

Pemain tengah, Safiq Rahim hari ini memberi bayangan bahawa MUSA telah menyelesaikan isu gaji tertunggak pemain-pemain musim lalu.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Safiq mengucapkan terima kasih atas usaha Presiden, Damian Yeo Shen Li kerana membantunya dan rakan sepasukan untuk musim 2019.

Pada masa sama, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut mengumumkan bahawa Melaka United antara tiga pasukan yang berdepan tindakan pemotongan mata kerana gagal menjelaskan gaji tertunggak pemain dan pegawai pasukan.

Kejayaan mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan isu tunggakan gaji pastinya merupakan satu berita baik untuk pasukan dalam menyediakan skuad yang berkualiti menjelang pembukaan kempen Liga Malaysia bulan depan.
Powered by Blogger.