.

.

SAMB FC tarik diri Liga M3


Pasukan tempatan Melaka, SAMB FC sah menarik dari daripada saingan Liga M3 musim ini.

Kelab itu menerusi kenyataan hari ini berkata, kekangan kewangan dan sumber tajaan membataskan hasrat mereka untuk meneruskan saingan di liga ketiga negara itu.

""Dukacita dimaklumkan bahawa pasukan SAMB FC tidak lagi menyertai Liga M3 untuk musim 2020 berikutan masalah tajaan dan peruntukan daripada pihak majikan.

"Walaubagaimanapun, pasukan ini tetap akan menyertai Liga M4 (Liga Divisyen 1 Melaka) untuk tahun 2020," katanya.

Untuk rekod, SAMB FC yang dibimbing bekas pemain Melaka, Azizan Baba menamatkan saingan Liga M3 di kedudukan kelapan selepas merekodkan sembilan kemenangan, enam seri dan 11 kekalahan musim lalu.
Powered by Blogger.