"Tenang dan bayar aje Shukor" - TMJ minta Damian Yeo bertenang


Tindakan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo Shen Li yang menyelar tindakan bekas kapten, Mohd Shukor Adan di media sosial berhubung isu gaji tertunggak terus mendapat perhatian.

Kali ini daripada pasukan jiran tetangga, Johor Darul Ta'zim apabila Pemangku Raja, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu MUSA menyelesaikan tunggakan gaji pemain musim lalu.

Menerusi satu paparan cerita yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi @hrhcrownpriceofjohor hari ini, Tunku Ismail mahi Damian lebih bertenang dalam menyelesaikan itu berkenaan.

"Shhh... Hanya perlu bertenang dan bayar (hutang) Shukor Adan," katanya.


Mohd Shukor kelmarin hadir ke ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membuat laporan dan menuntut tunggakan gaji daripada Melaka United.

Kunjungan itu disiarkan di akaun Facebook rasmi Shukor Adan Official dan kemudiannya mendapat reaksi balas daripada Damian Yeo.


Ahli Dewan Undangan (ADUN) Duyong itu memberi amaran kepada Mohd Shukor agar tidak cuba bermain-main dengan beliau.

"Shukor Adan, jika kamu bermain dengan api saya akan pastikan kamu terbakar nanti," katanya di Facebook peribadinya.