.

.

Melaka United 'ajar budak U' main bola sepak


Melaka United membuka tirai musim baharu 2020 dengan nota kemenangan apabila menumpaskan pendatang baharu Liga Super, UiTM FC 2-0 di Stadium UiTM, Shah Alam malam tadi.

Selepas mengharungi kempen pramusim yang baik, Melaka United yang turun ke Shah Alam dengan misi tiga mata penuh mula mengasak seawal minit pertama perlawanan.

Berdepan lawan yang begitu kompak di bahagian tengah dan mempamerkan corak 'high-pressing' menyukarkan Melaka United untuk masuk ke dalam kotak penalti lawan.

Namun kelekaan benteng pertahanan UiTM FC dihukum apabila Sony Norde yang menerima hantaran silang meledak gol pembukaan pelawat menerusi rembatan cantik dari luar kotak untuk meletakkan Melaka United di depan.


UiTM FC turut mempunyai peluang keemasan pada di babak kedua apabila kuisan lemah Khairul Fahmi Che Mat ditanduk pemain tuan rumah namun gawang Melaka United terselamat apabila pertahanan, Jang Suk-won mengeluarkan bola di atas garisan gol.

Sementara itu, Agba turut terlepas peluang menambah jaringan apabila gagal menewaskan penjaga gol UiTM FC, Muhammad Nor Haziq Mohd Aris menerusi pertembungan satu lawan satu.


Ketika perlawanan hampir berkesudahan dengan kemenangan tipis pelawat, Romel Morales menambah gol kedua Melaka United menerusi rembatan cantik pada masa kecederaan babak kedua untuk memastikan skuad Hang Tuah pulang dengan kemenangan 2-0.
Powered by Blogger.