.

.

Piala FA: Laluan mudah buat Melaka United


Melaka United mendapat laluan mudah di peringkat pusingan kedua Shopee Piala FA 2020 apabila diundi menentang pasukan Liga M3, Langkawi City FC.

Menerusi undian yang dijalankan sebentar tadi, Melaka United yang beraksi di Liga Super diundi di kedudukan ketiga, diundi menentang lawan dari utara itu di laman sendiri di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan mendapat 'bye' pada pusingan pertama sementara lawannya terpaksa berhempas pulang menewaskan pasukan Liga M4, Gamestop FC 2-1, semalam.


Untuk rekod, skuad The Island Boys diperkuatkan dengan tiga pemain import seperti Michael Ijezie dari Nigeria, Umar Etudayeabdulma (Nigeria) dan Ryu Nascimento (Jepun).


Pasukan yang ditubuhkan pada 2017 itu juga diperkuatkan dengan beberapa pemain berpengalaman seperti Kamarul Effandi Abdul Rahim, Redzuan Suhaidi dan Hafidz Romly.
Powered by Blogger.