.

.

Beraksi hambar tanpa penyokong, Melaka United kecundang lagi


Gagal menyudah peluang yang terhidang dan akhirnya dihukum lawan, sekali gus menyaksikan Melaka United berputih mata apabila tumpas 0-1 kepada Pahang malam tadi.

Seakan tidak belajar dari kesilapan ketika tumpas 3-2 kepada Felda United pada Rabu lalu, skuad kendalian Zainal Abidin beraksi seakan 'pasukan yang tidak mahu menang.'

Safiq Rahim di bangku simpnan dan ketiadaan pertahanan import, Jang Suk-won bukanlah satu alasan atas kekalahan kepada Tok Gajah, sebaliknya ketumpulan jentera penyudah dilihat menjadi punca.


Beraksi tanpa penyokong di laman sendiri, Melaka United dilihat beraksi 'sambil lewa' selepas gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang terutama menerusi Uche Agba.

Penyerang import dari Nigeria itu sepatutnya 'membunuh' semangat lawan dengan sekurang-kurangnya dua gol di separuh masa pertama namun itu tidak berlaku.


Peluang demi peluang yang dicipta hanya sia-sia dan penyerang import Pahang, Dickson Nwakaeme menunjukkan kepada Melaka United bagaimana untuk menyudahkan perlawanan.

Bermula dengan hantaran Harold Goulon dari bahagian bawah kepada Ivan Carlos, pemain import itu melakukan larian di bahagian dan kemudiannya melorongkan bola kepada 'orang besi' Nwakaeme.


Penyerang import dari Nigeria itu melakukan satu sentuhan di dalam kotak melepasi kawalan Narupon Wild sebelum melepas rembatan kencang menewaskan Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-67.


Kemasukan Safiq Rahim, Ahmad Syamim Yahya dan S. Deevanraj tidak banyak membantu merubah perlawanan sekali gus menyaksikan Melaka United tewas dua perlawanan berturut-turut.
Powered by Blogger.