.

.

Khidmat Damian Yeo berakhir, Sulaiman Presiden baharu MUSA


Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) kini di bawah nakhoda baharu apabila Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali mengambil-alih pucuk pimpinan persatuan daripada Damian Yeo Shen Li.

Perkara ini diumumkan hanya selepas sehari Damian Yeo membayangkan untuk kekal menerajui MUSA biarpun kepimpinan kerajaan negeri bertukar tangan.


Menurut laporan MelakaKini, Sulaiman berkata, memandangkan perlembangaan MUSA meletakkan individu yang dilantik menjawat jawatan Ketua Menteri, dia akan memastikan segalanya yang melibatkan kebaikan negeri menerusi pasukan Melaka United terjaga.

“Buat masa ini, sayalah Presiden MUSA. Saya akan melihat semula struktur MUSA itu sendiri, mereka (pengurusan MUSA) akan maklumkan kepada saya serta memberi penerangan serba sikit mengenai kewangan MUSA dan sebagainya.

“Jika terus memegang jawatan ini, saya akan terus memimpin pasukan bola sepak ini demi kebaikan negeri,” katanya.

Sulaiman dilantik menjawat jawatan Ketua Menteri selepas ketidaktentuan politik di Putrajaya yang memberikan kesan ke beberapa negeri termasuk Melaka.
Powered by Blogger.