.

.

Kumpul di luar stadium, usah cari penyakit!


Oleh Wanchel
putbola @gmail.com

Usah cari penyakit! Itu peringatan kepada penyokong Melaka United agar tidak menyertai tayangan perlawanan antara Melaka United dan Pahang pada layar gergasi di luar Stadium Hang Jebat, malam ini.

Bukan hendak menafikan usaha yang dilakukan kelab penyokong berkenaan namun tindakan berkumpul secara beramai-ramai hanya akan membuatkan kebarangkalian wabak COVID-19 merebak tinggi.

Tindakan ini ada dilakukan beberapa kumpulan penyokong kelab di Eropah namun ada dalam kalangan mereka terlibat disahkan positif wabak berkenaan.

Selain itu, langkah bermain di stadium kosong tanp penonton merupakan satu usaha Liga Bola Malaysia (MFL) untuk mencegah penyebaran wabak tersebut.

Di Eropah, beberapa liga terbaik mereka seperti Liga Perdana Inggeris, Liga Liga Sepanyol, Serie A, Ligue 1 Perancis dan Bundesliga telah mengumumkan pengangguhan perlawanan.

Jadi, apa perlunya kita meneruskan perlawanan atau berkumpul di luar stadium sedangkan arahan beraksi di stadium kosong telah dikuatkuasakan?

Penganjuran aktiviti ini juga dilihat sebagai sesuatu yang bertentangan dengan amaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mengurangkan penyebaran COVID-19 di negara ini.

Justeru, penyokong Melaka United dinasihatkan agar tidak menyertai program tersebut bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti.

Mencegah lebih baik daripada merawat. Fikir-fikirkanlah.

Powered by Blogger.