Melaka United meraih kemenangan kedua berturut-turut selepas menundukkan PDRM FA, 3-1 di Stadium Hang Jebat, Jumaat lalu.
Melaka United mendahului seawal minit ke-18 menerusi tandukan Uche Agba sebelum Safiq Rahim menambah gol kedua pada minit ke-70.
PDRM FA merapatkan jaringan menerusi jaringan Antonio Germain namun gol cantik Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman melengkapkan malam gemilang Melaka United pada masa kecederaan.