.

.

MUSA tekad selesai gaji tertunggak secepat mungkin


Tunggakan gaji beberapa pemain import, staf kejurulatihan, skuad Piala Presiden dan Belia bagi musim 2018 serta 2019 sebanyak RM1.4 juta menjadi punca kepada penolakan tiga mata bagi kancah CIMB Liga Super 2020.

Mengakui kegagalan tersebut, Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) di bawah kepimpinan baharu, Datuk Sulaiman Md Ali komited mampu menyelesaikan hutang itu sebelum 30 April ini.

Setiausaha Agung MUSA, Farhan Ibrahim berkata, kegagalan menyelesaikan tunggakan tersebut berlaku kerana kekangan kewangan persatuan biarpun dan musim 2019 digunakan untuk membayar hutang sementara dana daripada penaja tahun ini masih belum diterima.


"Kami yakin segala kekangan ini akan dapat diselesaikan dengan kadar segera bagi memastikan Melaka United tidak dikenakan tindakan selanjutnya pemotongan enam mata sebelum 30 April ini," katanya menerusi kenyataan hari ini.

FAM semalam mengumumkan penolakan tiga mata Melaka United selepas gagal menjelaskan baki penstrukturan semula hutang kepada bekas pemain, skuad Belia dan Presiden serta staf kejurulatihan bagi dua musim sebelum ini.

Melaka United turut berdepan kehilangan enam lagi mata jika masih gagal menjelaskan tunggakan gaji tersebut sehingga tarikh akhir yang ditetapkan pada 30 April depan.
Powered by Blogger.