.

.

Tiket: Sampai bila kena beratur panjang?


Musim baharu namun isunya tetap masih sama, beratur panjang untuk membeli tiket. Itu masalah yang dihadapi penyokong Melaka United setiap kali perlawanan di laman sendiri.

Bukan tidak mahu membeli pas bermusim, faktor kewangan masing-masing menjadi kekangan untuk mendapatkannya biarpun mereka sedar bahawa penggunaan pas itu merupakan penyelesaian baik untuk isu ini.

Dan jalan penyelesaian terbaiknya terletak di bahu pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) bagi mengelakkan situasi sama berulang saban tahun.

Difahamkan malam tadi, penyokong terpaksa berbaris panjang kerana hanya dua kaunter tiket sahaja dibuka dan jumlahnya bertambah kepada tiga, lima minit sebelum wisel sepak mula dibunyikan.


Bayangkan isu ini berlaku ketika Melaka United berdepan pasukan yang tidak mempunyai jumlah penyokong yang besar. 

Apa yang akan berlaku jika Melaka United melayan kunjungan Johor Darul Ta'zim (JDT) atau lain-lain pasukan yang mempunyai bilangan penyokong yang ramai?

Tinjauan di sistem jualan tiket atas talian di www.tickethotline.com semalam mendapati tiket perlawanan antara Melaka United dan PDRM telah habis kuota (limited) dan situasi ini sebenarnya merumitkan lagi keadaan.

Justeru di pihak MUSA perlu memikirkan jalan terbaik bagi mengelakkan situasi ini terus berulang atau memungkin keadaan menjadi lebih parah apabila bilangan penyokong yang hadir bertambah.
Powered by Blogger.