.

.

Tolak 3 mata? Akan berlaku - Damian Yeo


Usah bermimpi gayat di tahta liga jika hutang masih belum lagi berbayar. 

Melaka United bakal ditolak tiga mata oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selepas gagal menyelesaikan hutang tertunggak musim lalu yang melibatkan pemain import, staf kejurulatihan, skuad Piala Presiden dan Piala Belia pada musim lalu.

Perkara ini diakui sendiri Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United, Damian Yeo Shen Li pada perjumpaan bersama Ketua Menteri Melaka yang baharu, Datuk Sulaiman Md Ali hari ini. 


Menerusi ruangan komen di akaun Facebooknya Damian Yeo berkata, Melaka United berdepan penolakan tiga mata selepas gagal menyelesaikan tunggakan gaji mengikut tarikh yang ditetapkan pada 29 Februari lalu.

Lebih memburukkan keadaan, bayaran gaji untuk bulan Februari masih belum dijelaskan MUSA kepada pemain dan staf kejurulatihan.

"Akan berlaku (penolakan tiga mata). Saya tidak menafikan (yang kita masih lagi berhutang).


"Kita masih hutang (Piala) Presiden (2018 dan 2019), Belia dan lain-lain. Setakat ini kita sangkut bulan Februari," ujarnya hari ini.

Melaka United membuka kempen Liga Super 2020 dengan cemerlang apabila kemenangan dalam dua perlawanan awal namun keputusan itu tidak berkekalan apabila tewas dua perlawanan berikutnya.


Situasi itu jelas membimbangkan penyokong sehingga timbul desas desus mengenai tunggakan gaji menjadi punca kemerosotan prestasi yang dipamerkan pasukan.

Powered by Blogger.