Pemain Melaka United didakwa tidak terima gaji selama tiga bulan. |
Selesaikan dahulu gaji tertunggak dan baharulah pemain dan staf kejurulatihan boleh berbincang mengenai potongan akibat pandemik Covid-19 yang melanda ketika ini.
Apa yang lebih mengundang resah daam kalangan pemain Melaka United ketika ini adalah Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) didakwa gagal menyelesaikan tunggakan gaji selama tiga bulan.
Menurut sumber, tunggakan itu melibatkan gaji sejak Januri sehingga Mac lalu sementara kedudukan bayaran untuk April ini masih menjadi tanda tanya.
Keadaan menjadi lebih parah apabila timbul pula isu pasukan atau kelab yang mahu memotong gaji pemain ketika pandemik Covid-19.
Pemain mahu persatuan menyelesaikan tunggakkan sebelum berbincang mengenai pemotongan gaji ketika Covid-19. |
Bukan tidak bersedia tetapi pemain-pemain mahu segala hutang piutang diselesaikan dahulu persatuan sebelum melaksanakan langkah tersebut.
Perkara mengenai tunggakan dan pemotongan gaji itu juga ada dinyatakan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Katanya, jangan masih ada tunggakan dua atau tiga bulan gaji tidak dibayar tetapi hendak menggunakan alasan Covid-19 untuk membuat pemotongan gaji.
"Pasukan seperti Kedah, Kelantan, Melaka United dan Pulau Pinang harus menyelesaikan hutang dengan pemain mereka sebelum memotong gaji ekoran pandemik ini.
"Ini bukan soal pemain tidak mahu memberi kerjasama, malah semua pemain bersedia untuk bekerjasama. Tetapi pastikan segala hutang dengan pemain diselesaikan terlebih dahulu sebelum memberi alasan Covid-19 untuk memotong gaji mereka.
Kenyataan yang dimuat naik TMJ mengenai tunggakan gaji beberapa pasukan Liga Malaysia. |
"Kebanyakan pasukan bergantung 100% peruntukan daripada kerajaan negeri dan tidak mungkin pasukan-pasukan ini masih tidak membayar gaji. Ini boleh diumpamakan seperti tidak memegang amanah dengan sewajarnya. Mana-mana pasukan tidak seharusnya membebankan kerajaan negeri," katanya menerusi kenyataan semalam.
Foto: MUSA, Johor Southern Tigers