.

.

Mohd Saiful Bendahari Kehormat MUSA baharu

Mohamad Rashidi merupakan kakitangan di balik tabir Melaka United sebelum dipromosi sebagai Bendahari Kehormat.
Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) melakukan rombakan dalam kepimpinan tertinggi mereka apabila melantik Datuk Mohd Saiful Mat Sapri sebagai Bendahari Kehormat baharu.

MUSA menerusi kenyataan berkata, keputusan itu diputuskan ketika perjumpaan Presiden, Datuk Sulaiman Md Ali bersama kepimpinan kanan MUSA di Stadium Hang Jebat hari ini.

Ini sekaligus menyaksikan Mohamad Rashidi Othman yang dilantik untuk memegang jawatan itu pada 10 November tahun lalu kehilangan jawatan yang disandangnya.

"Presiden menyatakan persetujuan untuk meneruskan komitmen-komitmen persatuan bagi memastikan MUSA ditadbir dengan lebih baik selepas ini.

Pelantikan Mohamad Saiful diharap mampu mengemudi kewangan MUSA dengan lebih baik.
"Beliau juga telah menamakan Exco, Datuk Saiful sebagai Bendahari Kehormat MUSA yang baharu berkuatkuasa serta merta bagi mengendalikan kewangan persatuan," katanya hari ini.

Hadir sama pada mesyuarat itu, Timbalan Presiden, Datuk Mohd Yusoff Mahadi; Naib-Naib Presiden, Datuk Fadzil A Bakar; Penasihat Undang-Undang, Zhafri Amirnurashid; Penolong Setiausaha Agung, Muzzairen Abd Rahman dan Pegawai Kewangan, Nabilah Omar.

Foto: FB Mohd Saiful
Powered by Blogger.