.

.

Ferns, Narupon angkat kaki


Apa sudah jadi? Belum pun kempen Liga Super kembali bersambung, dua pemain Melaka United, Curran Singh Ferns dan Narupon Wild Putsorn telah 'angkat kaki' gara-gara tidak dibayar gaji sejak Mac lalu.

'Kehilangan' kedua-dua pemain tersebut diakui Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) Mohd Ashiq Abd Samad.

Namun, Mohd Ashiq berkata, MUSA masih mengadakan perbincangan bersama kedua-dua pemain tersebut bagi mencari kata putus terbaik untuk kesemua pihak.

"Saya akui sememangnya Melaka United menghadapi masalah pembayaran gaji yang menyebabkan dua pemain terbabit mahu tarik diri daripada bermain dengan skuad Hang Tuah. 

"Namun, segalanya masih lagi dalam perbincangan dan mengharapkan mereka boleh terus beraksi bersama Melaka apabila liga bersambung nanti," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Ketiadaan kedua-dua pemain itu pastinya merencatkan persiapan Zainal Abidin Hassan dalam mempersiapkan pasukan sebelum kempen Liga Malaysia kembali bersambung.
Powered by Blogger.