.

.

Imej pokok belum dipatenkan, MUSA daftar hak cipta logo MUFC

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1euydVT_jcMaWP-sEefZhYDyPw3C4Tb-9
Belum dipatenkan lagi. Itu reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengenai pertikaian logo baharu pasukan Melaka United Football Club (MUFC).


Memetik laporan Bernama, Sulaiman berkata, persatuan itu akan berusaha memastikan logo baharu yang dilancarkan pada Sabtu lalu, dapat digunakan persatuan itu secara sah.


Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, semakan awal mendapati logo pokok Melaka yang dipertikai beberapa pihak, masih belum dipatenkan di negara ini.


“Pemilihan logo MUFC berdasarkan lambang pokok Melaka yang dibuat sebagai simbol penyatuan peminat dan penyokong setia bola sepak Melaka, yang menjadi kekuatan pasukan selama ini.


“MUSA akan memohon untuk mendaftarkan hak cipta logo baharu itu dan hanya selepas diluluskan, barulah logo itu diguna pakai,” katanya dalam kenyataan semalam.


https://drive.google.com/uc?export=view&id=17WrPH49T4_O_ylD2OBImnsMcDzRq5_Tp


Penggunaan logo baharu MUFC mendapat kritikan pelbagai pihak ekoran didakwa menggunakan imej pokok yang seakan sama seperti logo sebuah syarikat di Australia.


Logo tersebut direka oleh Mohd Asri Ab Aziz yang berasal dari Lubok China, Alor Gajah telah terpilih daripada hampir 100 penyertaan dalam Pertandingan Mencipta Logo Melaka United, yang berlangsung dari 4 hingga 20 Ogos lalu.
Foto: MUSA

Powered by Blogger.