.

.

Logo MUFC 'diceduk' dari Google?

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1y6shvWHMGjuzWoYJZ75MRYtCka90Xscq
Pelancaran logo rasmi pasukan Melaka United Football Club (MUFC) mengundang kritikan pelbagai pihak selepas didakwa diceduk secara terus daripada laman carian internet, Google.

Logo yang menggabungkan dua warna tradisi pasukan, hijau-putih didakwa direka dengan mengambil gambar pokok yang tersedia di laman perkongsian gambar, Pinterest.

Merujuk kepada gambar yang dikongsikan penyokong Melaka United, imej tersebut bukan pokok melaka seperti yang terdapat dalam logo Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) sebaliknya hanya gambar pokok secara am sahaja.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1QoFxYpWJkTtn6DtVvq9T5LkpBsjPvDFv

Berdasarkan pencarian Melaka United Media, logo pokok tersebut dihasilkan oleh seorang pereka grafik dari Tbilisi, Gerorgia, Nina Megrelidze.
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1z4n2pwmxHxe8s2X4F_IGrXcHK3YNXqey

Merujuk kepada komen di akaun Instagramnya, rekaan tersebut telah dijual dan digunakan di sebuah laman web dari Australia.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=12Pqbe-9sIbNQxk1t68zX-CrVCpmABpZG

Memetik kenyataan Presiden MUSA, Datuk Sulaiman Md Ali ketika merasmikan Majlis Makan Malam dan Pelancaran Logo MUFC, dilaporkan lebih 100 penyokong yang terdiri daripada penyokong Melaka United dan individu luar mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Namun, hanya satu sahaja logo yang dipilih MUSA sebagai pemenang sekali gus menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.

Foto: MUSA, Instagram Nina Megrelidze


Powered by Blogger.