.

.

Melaka United FC ganti Melaka United

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1OgqqjyyJ7rbe1nf5_ZWO9_PMeeuzXFzy
Melaka United bakal dijenamakan sebagai Kelab Bola Sepak Melaka United atau Melaka United FC, selaras dengan syarat wajib penswastaan pasukan Liga Malaysia bermula musim 2021.


Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Sulaiman Md Ali berkata, langkah penswastaan bakal menyaksikan Melaka United FC tidak bergantung kepada persatuan atau kerajaan negeri.


"Bola sepak Malaysia sedang menuju ke arah penswastaan yang bakal menyaksikan semua pasukan bertanding di Liga Malaysia bergerak sebagai kelab bola sepak. 


https://drive.google.com/uc?export=view&id=15OnpLVDWgdkX1aZiIUE0EWA-mzYPtKHq


"Penswastaan kelab bola sepak diwajibkan ke atas semua pasukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Dengan ini, pasukan bola sepak negeri tidak akan lagi bergantung kepada kerajaan mahupun persatuan.


"Melaka United juga tidak ketinggalan daripada penswastaan. Dengan Melaka United bakal dijenamakan sebagai Melaka United FC, kita kini dalam proses penswastaan dan pemisahan pasukan daripada MUSA," katanya menerusi perutusan khas di Facebook rasmi MUSA hari ini.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1VIQ6WX7_hKMm8n24UlRFzUsoMdLexpor

Susulan itu, Sulaiman mempelawa anak negeri khususnya penyokong tegar Melaka United untuk mereka logo baharu pasukan berkenaan.


"Saya selaku Presiden ingin mengajak rakyat negeri Melaka khususnya penyokong pasukan untuk menzahirkan rasa bangga, sayang dan cinta kepada negeri kebanggan kita dalam mencipta logo yang akan digunakan Melaka United FC bermula tahun depan," ujarnya.
Foto: MUSA, FB Datuk Sulaiman Md Ali

Powered by Blogger.