.

.

Semua hutang selesai - MUSA

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1LefnDKtwgV7Y3wd396HuM8m3rk2Wpk_l

Ketika beberapa pasukan masih lagi dipalit masalah tunggakan gaji, Melaka United pula bertindak sebaliknya apabila selepas menyelesaikannya minggu lalu.


Situasi ini jelas dapat dilihat selepas kempen Liga Super bersambung apabila Melaka United merekodkan dua kemenangan berturut-turut menentang pasukan yang dalam prestasi terbaik, Terengganu FC dan Perak.


Naib Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Mohd Ashiq Abd Samad berkata, semua tunggakan gaji membabit pemain pasukan utama dan pembangunan termasuk Piala Presiden sudah selesai.


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1D63gwtvclSyGSuJQq0Ohm7OFaYGKUuhv


Piala Presiden adalah yang terakhir diselesaikan pada minggu lalu dengan peruntukan kira-kira RM800,000.


''Presiden, Datuk Sulaiman Md Ali bertungkus lumus menyelesaikan masalah tunggakan gaji pasukan. Ketika ini, Melaka  United sudah bebas dengan isu tunggakan gaji diharapkan perkara terbabit tidak lagi dikaitkan dengan kami.


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1mZb7CB4e0UsJ-ZgXioUXC35KqvhA_jbv


''Kini kami mahu menumpukan kepada proses penswastaan dan memastikan pasukan utama berada di kedudukan terbaik,'' katanya kepada Arena Metro semalam.


Melaka United diambang pemotongan enam mata akibat kegagalan membayar tunggakan gaji 2018 sebelum 30 April lalu, pasukan terbabit akhirnya boleh tersenyum sementara apabila diberikan 'talian hayat' dengan tempoh pembayaran dilanjutkan sehingga tempoh Perintahan Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.


'Talian hayat' yang diberikan menerusi mesyuarat Pelesenan Kelab (FIB) itu jelas sekali memberi kelegaan kepada pasukan berkenaan yang sebelum ini dikenakan pemotongan tiga mata akibat kegagalan menjelas hutang 2018.


Melaka United juga sebelum ini sudah dikenakan hukuman apabila FAM memutuskan pemotongan tiga mata ke atas skuad Hang Tuah serta merta.
Foto: FB Sulaiman Md Ali

Powered by Blogger.