.

.

JDT 'lanyak' skuad Zainal Abidin

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1CnQF-LBJL8ztfEox6efAe1ePTvHrsTB7

Bertahan dan melakukan serangan balas dengan baik dalam tempoh 70 minit pertama. Menghadiahkan lawan sepakan penalti dan akhirnya moral pasukan terus merudum sehingga melepaskan lima gol dalam baki 20 minit perlawanan.


Norazlan Razali sudah beraksi dengan cukup cemerlang di gawang Melaka United namun kesemua gol yang dibolosi malam tadi tidak mampu disekat penjaga gol berpengalaman itu.


Kekalahan besar 5-0 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika aksi di laman sendiri menjadikan rekod hatrik tiga kekalahan berturut-turut dalam tiga perlawanan terakhir Liga Super musim ini.


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1itrbsE8XhINJljNPI069MyeNyq90rtfm


Aksi malam tadi menyaksikan Zainal Abidin Hassan hanya melakukan satu pertukaran dalam kebelasan utamanya ketika tumpas kepada Kedah Isnin lalu dengan merehatkan Safiq Rahim dan membawa masuk Saiful Ridzuwan Selamat.


Babak pertama menyaksikan Melaka United lebih banyak berkampung di kawasan sendiri apatah lagi berdepan JDT yang telah menjaringkan 28 gol dalam 10 perlawanan sebelum ini.


JDT memperoleh peluang pertama menerusi sepakan percuma Gonzalo Cabrerra pada minit ke-14 namun percubaannya diselamatkan penjaga gol Melaka United, Norazlan Razali.


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1xSfofVchExZq1uFAvMQAEbBROSzxzfwM

Kemampuan Norazlan sekali lagi diuji pada minit ke-20 apabila menafikan peluang 'wajib gol' Cabrerra selepas penyerang import JDT itu berjaya lepas masuk ke dalam kotak penalti melepasi perangkap offside yang dibina.


Percubaan sulung Melaka United hanya muncul pada minit ke-30 tetapi percubaan dari Sony Norde diselamatkan Farizal Marlias.


Di separuh masa kedua menyaksikan JDT meningkatkan tempo permainan dan hampir sahaja di depan pada hanya seminit selepas perlawanan bersambung.


Norazlan sekali lagi muncul wira tuan rumah apabila berjaya menepis tandukan Cabrerra pada minit ke-46 untuk memastikan kedudukan kekal tanpa jaringan.


Melaka United berpeluang memperoleh gol pertama pada minit ke-63 namun sepakan percuma Uche Agba diselamatkan Farizal.


https://drive.google.com/uc?export=view&id=10NCBPUd52pkJskypVm2iN1faq0GKC9XH

Penyerang JDT, Safiq Ahmad terlepas layangan kad merah selepas dilihat sengaja menyiku pertahanan Melaka United, Jang Suk-won sebaliknya pengadil hanya memberikan kad kuning kepada pemain kebangsaan tersebut.


Usaha JDT berhasil pada minit ke-68 apabila Cabrerra menyempurnakan sepakan penalti selepas Fernandro Rodriguez yang baharu dibawa masuk dijatuhkan Annad Rahmat dalam kotak penalti.


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1EKzDE1Cw_9DF5lJ6CwasI29iJrjas1ZE

Pelawat menggandakan jaringan selang beberapa minit kemudian apabila Syafiq bijak melakukan larian melepasi perangkap offside sebelum mudah menolak masuk gol kedua JDT.


Belum sempat pemain Melaka United memperkemaskan barisan pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Razak pula menambah gol ketiga JDT selepas menanduk masuk sepakan penjuru Cabrerra pada minit ke-78.


JDT terus mematikan sisa kebangkitan Melaka United apabila Rodriguez menanduk masuk gol keempat JDT hasil hantaran Matthew Davies pada minit ke-84.


Cabrerra melengkapkan kemenangan besar JDT pada waktu kecederaan apabila mudah menguis masuk gol kelima pelawat sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini.

Powered by Blogger.