.

.

Melaka United kalah lagi

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1kOxtqC5tfNfogqtAIMI02Hyk8kQfi34k

Badi kekalahan berterusan buat Melaka United apabila tumpas kali kedua berturut-turut selepas tewas 0-1 kepada Kedah di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.


Selepas layu terkena angin bayu kekalahan 3-2 kepada Sabah minggu lalu, Melaka United yang bertandang ke Kuala Lumpur sebagai gelanggang alternatif Kedah turun dengan misi mengutip tiga mata penuh.


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1F19Wbr-qLsuib6hHpq7HlcB33zM_w2Rk


Zainal Abidin Hassan membuat empat pertukaran daripada kesebelasan utama yang lalu dengan membawa masuk Norazlan Razali, Annas Rahmat, Curran Singh Ferns dan Khair Jeffri Jones.


Skuad Lang Merah mengasak sejak awal perlawanan menerusi gandingan Kpah Shermann dan Tchetche Kipre.


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1V4aBcUMDLG_3Mz8b-_DXNoapKCRBPIy4


Usaha Kedah berhasil pada minit ke-19 apabila pertahanan, Muhammad Shakir Hamzah menanduk masuk gol pendahuluan menerusi sepakan penjuru.


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1PwTEjabbZ6zzwNCJERXaPTVJ5QerZd0Q


Melaka United cuba mengasak mencari gol selepas itu menerusi beberapa cubaan berbahaya Uche Agba, Safiq Rahim dan Ahmad Syamim Yahya namun ketumpulan penyudah menyaksikan keputusan tersebut kekal pada waktu rehat.


Babak kedua menyaksikan perlawanan lebih seimbang ditampilkan kedua-dua pasukan namun peluang lebih banyak dicipta Melaka United.


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1TOu6C7lxK-1xL6egn9Z9_2MIy5JAHCuo


Uche Agba mensia-siakan peluang terhidang di depan gol selepas gagal menguis masuk bola hantaran lintang Wan Amirul Afiq pada minit ke-50, biarpun penjaga gol lawan, Mohd Azri Abdul Ghani sudah tertewas.


Enam minit kemudian menyaksikan Norazlan beraksi cemerlang apabila berjaya menyelamatkan cubaan Baddrol Bakhtiar pada situasi satu lawan satu.


Tiada sebarang jaringan dihasilkan sehingga wisel penamat ditiupkan. Keputusan ini menyaksikan Melaka United kekal di tangga ke lapan Liga Super dengan 11 mata daripada 10 perlawanan.
Sementara itu, Kedah melonjak ke tangga kedua Liga Super memintas Perak dan Terengganu sekali gus menghidupkan peluang beraksi di pentas Asia musim depan.
Foto: MUSA, FA Kedah

Powered by Blogger.