.

.

Bagi peluang 'ubi' menyinar - Ramli

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1VmuaqktfzQrODBEH9FFK6giX_i_NWEj5

Kegagalan meraih sebarang kejayaan ketika membariskan ramai bekas pemain kebangsaan jelas menuntut Melaka United merangka strategi berbeza untuk musim 2021.

Bekas ketua jurulatih Melaka, Ramli Junit berkata, sudah tiba masanya memberi peluang kepada bakat-bakat muda menyerlah dan meraih pengalaman di Liga Super.

Katanya, dua musim menggunakan pemain berpengalaman di peringkat antarabangsa dan Liga Super tidak memberikan impak besar kepada pasukan dan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) perlu merangka strategi jangka panjang bagi mengembalikan kegemilangan skuad hijau putih.

"Pada musim ini, semua menjangkakan pasukan Hang Tuah mampu menjadi pencabar utama Liga Malaysia atau meraih kedudukan terbaik liga namun sebaliknya berlaku.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1n7GWbPvTr950Uxs6cvFu3ebdbFWsGss3

"Setiap awal musim sasaran amat positif namun akhirnya tidak menjadi kenyataan. Sehubungan itu, lebih baik penumpuan kepada pembentukan bakat baharu dengan sasaran lebih relevan dan bukan tinggal impian sahaja," katanya kepada Berita Harian hari ini.

Mengulas lanjut Ramli berkata, pembentukan skuad muda itu perlu diselitkan bersama beberapa pemain berpengalaman bagi memberi tunjuk dan mematangkan persembahan mereka.

Katanya, beliau yakin jika pemain muda didedahkan dengan lebih kerap dalam saingan kompetetif, tidak mustahil mereka memiliki masa depan yang cerah dan mampu menjulang piala buat pasukan.



Powered by Blogger.