.

.

Eul-yong ganti Zainal Abidin?

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1frdlIOQTsU-a_9EorMlfoqGwEsq42Tk_

Masa depan Zainal Abidin Hassan sebagai pengendali Melaka United sudah berakhir apabila Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) dilaporkan telah menyenarai pendek muka baharu bagi menggantinya bagi musim 2021.

MUSA dilaporkan mengintai untuk membawa masuk bekas pemain kebangsaan Korea Selatan, Lee Eul-yong bagi membina skuad ampuh yang mampu memberikan saingan di kelompoh lima terbaik Liga Super pada musim depan. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1BRBzhvjXgzvcBx_uEK5z5sILKq-4Nfhm

Eul-yong berpengalaman luas beraksi selama tiga musim di Liga Turki bersama Trabzonspor sebelum kembali ke Korea Selatan bersama FC Seoul dan akhirnya  menamatkan karier di Gangwon FC.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1OgcpStrYBmACzb4MiTXz1hjtC1gt-6u_

Dalam bidang kejurulatihan pula, Eul-yong telah dilantik sebagai penolong ketua jurulatih Gangwon FC pada 2012 hingga 2014 sebelum menjadi jurulatih pasukan Universiti Cheongju (2015-16), skuad simpanan FC Seoul (2017-18) dan pernah dinaikkan pangkat sebagai pengurus sementara FC Seoul (2018).

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1VqWcDi3EuDsUpBXReMuHdIurzNKTUuJ_

Dalam pada itu, beberapa nama ketua jurulatih berpengalaman tempatan turut dikaitkan dengan Melaka United seperti K. Devan, E. Elavarasan, Dollah Salleh dan Irfan Bakti Abu Salim.

Foto: KFA, Media Sosial, Zimbio, Arena Bola Sepak
Powered by Blogger.