.

.

Piakai Henkel dikaitkan perpindahan ke Melaka United


Bekas produk akademi Paris Saint-Germain (PSG), Piakai Henkel Chin Ming Shang dilaporkan bakal sertai Melaka United musim depan.

Memetik ciapan Twitter Harimau Abroad (@harimau_abroad), Piakai Henkel yang kini beraksi bersama kelab FC Lichtenau di Jerman mempunyai darah kacukan Amerika Syarikat (AS) - Singapura.

Namun, penyerang berusia 25 tahun itu mempunyai datuk yang merupakan warganegara Malaysia.

"Piakai Hinkel dikaitkan dengan perpindahan ke Melaka United. Penyerang kacukan AS-Singapura itu mempunyai datuk yang merupakan rakyat Malaysia dan ketika ini beliau beraksi di Jerman," katanya.

Piakai Henkel memulakan karier bersama akademi PSG sebelum berhijrah ke SC Amiens. Selepas itu beliau berkelana di Jepun bersama Fagiano Okayama sebelum ke Jerman menyertai SV Linx pada 2016, Bahlinger SC (2017), SV Linx (2018) dan kini di FC Lichtenau (2020).

Dalam pada itu, Melaka United dijangka akan mengumumkan nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)   dan ketua jurulatih baharu dalam masa terdekat.

Langkah ini dilakukan bagi memastikan ketua jurulatih dapat mengekalkan pemain yang dimahukannya dan memberi peluang kepada pemain lain mencari pasukan baharu.

Foto: Twitter @harimau_abroad
Powered by Blogger.