.

.

Eul-yong tolak tawaran, Zainal Abidin mungkin kekal kendali Melaka United

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1yKvemFO0K05YAdEzAJCC-3MwuC2uSUD5

Hasrat penyokong Melaka United untuk melihat nakhoda baharu mengendalikan pasukan itu musim depan kian samar selepas jurulatih dari Korea Selatan, Lee Eul-yong menolak tawaran pasukan dari selatan tanah air itu.

Sebaliknya, Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) dijangka mengekalkan lagenda bola sepak kebangsaan, Zainal Abidin Hassan untuk musim ketiga berturut-turut.

Memetik ciapan di Twitter wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, itu merupakan pilihan yang ada setakat ini selepas seorang lagi calon, K. Devan memilih untuk bersama pasukan jiran, Negeri Sembilan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=15QwPrqmdOYfjI1Nf7wxV_0CqEpReZs8K

"Zainal Abidin dijangka kekal mengemudi Melaka United susulan calon pilihan dari Korea Selatan tidak bersetuju dengan tawaran gaji selain seorang lagi calon, K. Devan sudah mempunyai pasukan," katanya hari ini.

Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pasukan kerana segala keputusan hanya akan dibuat selepas Ketua Pegawai Eksekutif pasukan itu dilantik dalam masa terdekat.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.