.

.

‘Kecik’ perkuat Melaka United?

Bekas pemain kebangsaan, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria atau lebih dikenali sebagai Kecik dilaporkan bakal menyertai Melaka United untuk musim depan.

Menurut wartawan Astro Arena, Zulhemi Zainal Azam, Kecik bakal meninggalkan pasukan negeri kelahirannya, Kelantan untuk mencuba angin baharu di selatan tanah air.


“Bekas pemain Harimau Muda A dan Pahang, Wan Zaharil Nizam tidak kekal bersama Kelantan dan menyertai Melaka untuk saingan Liga Malaysia 2021,” katanya menerusi ciapan Twitternya hari ini.


Kecik memulakan karier bersama skuad Harimau Muda B dan kemudian dinaikkan pangkat ke skuad A sehingga 2013. 



Pemain sayap lincah itu kemudiannya kembali ke Kelantan untuk musim 2014 hingga 2016, Pahang (2017-19) dan Kelantan (2020).


Pemain berusia 29 tahun itu juga pernah menjalani sesi latihan di kelab Jepun, FC Ryukyu bersama Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim namun dia gagal menambah hati kelab negeri matahari terbit itu untuk ditawarkan kontrak secara tetap.


Foto: TRW_Official

Powered by Blogger.